Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua 💛
Harini saya nak
kongsikan sedikit cerita yang mungkin tidak menarik bagi anda semua tapi
menarik bagi saya (apa aku kesah, cerita aku) sbb yang cerita tu aku punya.
Haha.
Okay hari ini 21/12/ 2019 bermakna dah 14 minggu aku bermain dengan blog
dan bagai-bagai multimedia ni.
Dulu caption pendek-pendek tapi sekarang
panjang-panjang. Haha
Sepanjang 14 minggu tu
macam-macam yang berlaku.
Antaranya, tidur jam 3 atau 4 pagi. Tapi rasanya
tidur jam 3 atau 4 pagi tu perkara biasa rasanya bagi student macam aku dan
kawan-kawan aku ini.
Oh ye benda yang paling berat nak kena hadap sem ini ialah
kelas multimedia prof. ditambah pula dengan kelas keterampilan dr Noraz dan
ditambah lagi dengan pita. masyaAllah. Nak nangis rasanya.
Tapi alhamdulliah
semuanya berjalan dengan baik walaupun hati sudah koyak rabak. Haha.
Walaupun berat nak
hadapi semua tu tapi semua itu adalah perkara yang mengembirakan aku.
Contohnya, Wakanda production yang ahlinya terdiri drpd 12 org termasuklah aku.
Tanpa kelas multimedia, wakanda production takkan wujud.
Semasa jadi crew
wakandalah aku melihat pelbagai kerenah orang.
Ada yang terasalah, ada yang
marahlah,
ada yang menangislah, ada yang merajuklah,
ada yang tak bercakaplah.
Yang pasti kerenah tu macam-macam ada.
Tapi bila ingat balik, semua itu adalah
kenangan, okay.
Lepas ni dah takde dah nak merasa semua tu. Sebab tinggal lagi
beberapa minggu je lagi sem ini akan berakhir. Itupun sebab minggu exam.
Dan kemungkinan kami untuk tidak
berjumpa itu tersangatlah tinggi.
Terima kasih semua, sayang korang 💛
😊Gembira dapat kenal Geng BLM ni.
😪lepas ni dah takde dah nak jumpa BLM ni.
ðŸ˜sedihhh, dah nak habis dah
Okay, taknak cerita panjang2, nanti bosan pulak 😅
Bye🙆
Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802