Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang keluarga saya.
Keluarga saya bukanlah berasal daripada keluarga yang kaya-raya. Keluarga saya adalah keluarga yang sederhana. Kami cukup dengan apa yang kami ada. Keluarga saya ada 8 ahli keluarga. Yang paling tua Ayah saya. Yang kedua tua Ibu saya. Mereka berdua adalah orang penting dalam keluarga. Tanpa mereka, keluarga ini tidak akan lengkap sama sekali.
Saya ini boleh dikatakan sebagai anak ayah .Mungkin kerana saya rapat dengan ayah saya. Selagi ayah saya tidak makan, saya pun tidak akan makan. Saya akan tunggu ayah saya makan dahulu, selepas itu baru saya makan. Selain itu, jika saya tidak nampak ayah saya depan mata saya, saya akan tercari-cari dia (hanya tertakluk di dalam rumah, bukan di kolej) sampailah saya jumpa dia. Berbeza keadaan dengan ibu saya. Walaupun syurga saya di bawah telapak kaki ibu saya, saya akan lebihkan ayah saya. Tapi saya tetap sayang ibu saya. Jah sayang ibu. I love U
Kita bergerak ke kisah adik saya pula. Adik saya ada lima orang. Beza umur mereka dengan saya hanya dua tahun kecuali adik yang bongsu. Beza empat belas tahun rasanya. Saya rapat dengan semua adik saya. Kami suka berkongsi cerita dan pendapat sendiri. Kami jarang bergaduh. Sekiranya ada yang tidak berpuas hati, kami akan bersemuka secara face to face. Tapi kami tidaklah bergaduh sehingga mencederakan satu sama lain. Kami cuma gaduh manja. Selepas itu, kami berbaik semula.
Baiklah, itu sahaja yang saya ingin kongsikan tentang keluarga saya. Keluarga anda bagaimana pula?
No comments:
Post a Comment