Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsi tentang tip belajar dengan mudah 


Tip yang pertama ialah mengulang kaji semula mata pelajaran yang telah diajar. Ulang kaji semula pelajaran yang dimaksudkan ialah dengan fahamkan semula apa yang diajar oleh cikgu. Ambil masa selama 1 atau 2 jam sahaja untuk mengulang kaji semula pelajaran yang telah diajar. Hal ini demikian kerana jika anda mengambil masa yang terlalu lama, anda akan mula berasa bosan untuk mengulang kaji dan kemungkinan anda juga tidak akan mengulang kaji lagi selepas itu. Selain itu, masa untuk mengulang kaji pelajaran itu juga penting. Sekiranya, cikgu anda mengajar mata pelajaran itu pada jam 8 pagi, anda boleh mengulang kaji mata pelajaran itu pada jam 3 atau 4 petang dan anda boleh mengulang kaji semula pada jam 8 atau 9 malam. Ulang kaji itu juga perlulah dilakukan pada hari yang sama. Perkara ini adalah untuk mengelakkan anda lupa pengisian yang diajar oleh cikgu anda.  Sekiranya anda mengikuti tip ini, anda akan mudah  faham mata pelajaran yang telah diajar dan akan sentiasa ingat apa yang telah diajar oleh cikgu anda. 
Tip yang kedua pula ialah belajar secara berkumpulan. Cukup sekadar tiga atau empat orang sekumpulan. Seterusnya, setiap ahli perlu diagihkan kepada sub-sub topik yang kecil daripada topik umum. Ahli tersebut perlu mempelajari dan memahami sub topik yang telah diberikan. Berikan beberapa minit kepada ahli untuk memahami sub topik yang diberi. 10 – 20 minit sudah memadai. Setelah semua ahli sudah mengkaji dan memahami sub topik tersebut. Maka, sesi penjelasan topik akan bermula mengikut susunan topik. Selain itu, setiap ahli juga perlu menerangkan sub topik tersebut kepada semua ahli. Tip ini akan membuatkan anda mudah untuk memahami sesuatu topik dengan cepat.

Saya berharap tip ini mampu memberi manfaat kepada anda walaupun tidak seberapa. Untuk mencapai kejayaan, anda memerlukan usaha dan keazaman yang tinggi. Teruslah konsisten dengan usaha anda. Usaha anda pasti membuahkan hasil yang lumayan. Semoga tip ini mampu membantu anda mencapai apa yang anda inginkan.



No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019:Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua 💛 Harini saya nak kongsikan sedikit cerita yang mungkin tidak menarik bagi anda semua tapi...