Close-up (Manusia)
Harumanmu
Wanita ini kelihatan seperti sedang menikmati keharuman bunga-bungaan di hadapannya dan ditambah lagi dengan keharuman alam semula jadi. Sungguh menenangkan jiwa dan raga wanita ini. Keharuman yang membelai wanita ini mampu membuat ia terpesona dengannya. Walaupun hanya menggunakan baunya sahaja. Oh bunga. Wanginya.
Suaramu
Ekspresi yang ditunjukkan oleh wanita ini menggambarkan dia sedang menghayati lagu yang dimainkan di radio. Sungguh lunak suara yang didengarinya. Alunan yang mengamit memori lama. Memori bersama kekasih lama. Milik siapakah suara itu? Wanita ini seperti bermonolog sendiri.
Pandanganmu
Pandangan mata itu terselitnya
sejuta makna. Ada emosi yang disembunyikannya. Emosi yang sukar diungkapkan. Disebalik
niqab yang dikenakan juga, terdapat rahsia yang telah lama dipendamnya. Kita tidak
tahu sama ada dia itu memaparkan raut wajah tersenyum atau raut wajah sebaliknya.
Tetapi dengan hanya pandangan matanya, emosi misteri menyelubungi dirinya. Banyak
perkara yang dapat ditonjolkan hanya dengan pandangan mata.
Close-up (Bukan Manusia)
Bunga Matahari
Kalau kita jaga,
cantiklah dia, berkembang dengan majunya. Tapi cuba kalau kita abaikan dia.
Terus muka dia menjunam ke bawah taknak naik-naik lagi. Begitu jugalah manusia.
Kalau kita selalu whatsapps, call, tanya khabar dia. Maka, dia
akan selalu ingat kita tapi cuba kalau kita jarang call jarang whatsapp, kadang-kadang contact,
kadang-kadang tak. Alamatnya, dia takkan ingat kita. Tetapi itu semua tertakluk
hanya untuk bunga, bukan manusia. Kalau manusia, walaupun kita ingat dia, call
whatsapp dan sebagainya. Dia takkan ingat kita. Dia hanya akan ingat pada
orang yang dia nak ingat sahaja. Haha. Sekian.
Cermin Mata Ajaib
Cermin Mata Ajaib ada kuasa penglihatan untuk
melihat dengan jelas. Tetapi jika salah gunanya, maka kecelakaanlah jawabnya. Tanpa cermin mata ini, kehidupan aku akan tidak lengkap. Aku akan tergapai-gapai keseorangan. Kasihan kan? Begitu
juga dengan kehidupan manusia. Pada saat diberi kenikmatan, disalahgunakan
kenikmatan itu untuk kepentingan diri. Pada saat kenikmatan ditarik, tergapai-gapai
tangan mencapai. Gunakanlah nikmat yang diberi sebaik mungkin. Jangan persiakan
nikmat yang diberi hanya untuk kepentingan diri. Kesimpulannya, gunakanlah Cermin Mata Ajaib untuk melihat kebenaran sahaja. Sekian.
Nilai satu ringgit
Nilai satu
ringgit kadang-kadang tiada nilainya bagi sesetengah orang. Apalah sangat
nilainya yang hanya mampu membeli sebotol air mineral, 2 biji karipap, atau
sebungkus roti. Kadang-kadang duit satu ringgit dicampak kesana dan kesini.
Tapi bagi sesetengah orang, nilai satu ringgit itu sungguh tinggi martabatnya.
Walaupun hanya mampu membeli sebotol air mineral, 2 biji karipap atau sebungkus
roti tapi itulah penyelamatnya dari kehausan, kelaparan dan kematian. Ianya
adalah satu pertolongan yang mampu menyelamatkan nyawa. Jangan lihat pada
nilainya tapi lihatlah kuasanya.
No comments:
Post a Comment