Long Shot (Pemandangan)
Pemandangan dari atas ini membolehkan kita untuk melihat bangunan-bangunan yang jauh kedudukan dengan Dewan Za'ba. Bangunan IOI juga kelihatan jika dilihat dari atas ini. Cantikkan? Kita juga boleh melihat langit yang terbentang luas diatas kepala kita. Indah sungguh ciptaan-Nya. Bersyukurlah kita selalu.Kerana dibenarkan untuk merasai keindahan ini.
Pemandangan dari tepi Pantai Port Dickson
Terbentang luas air laut Port Dickson. Kebiru-biruan warnanya. Tenang sahaja jika kita memandangnya. Terlepas segala bebanan yang dipikul. Walaupun hanya sebentar tetapi ianya berbaloi. Ditambah lagi dengan langit yang sama warnanya. Warna Ketenangan. Sekian.
Pemandangan dari tepi padang kawad
Pemandangan hijau yang terbentang luas. Kelihatan rumput-rumput yang hijau semakin meninggi. Kelihatan juga pondok-pondok kecil yang sungguh jauh kedudukannya. Pemandangan yang mampu memberi ketenangan walaupun hanya sebentar. Sambil memandu kereta, terlihat pemandangan ini dari sisi. Dapat juga hilang sedikit tekanan dari kerja.
Long Shot (Pemandangan dan Manusia)
Pemandangan yang menampakkan pelajar sedang berjalan. Laluan ini boleh dikatakan sebagai laluan utama bagi pelajar-pelajar untuk pergi ke kelas mereka sama ada di Fakulti Ekologi, Perhutanan dan sebagainya. Inilah laluan yang digunakan oleh mereka. Sama ada berjalan kaki ataupun menaiki bus. Mereka akan menggunakan jalan ini.
Pemandangan Ladang Teh
Pemandangan ini mengingatkan aku tentang kenikmatan di pagi hari. Pada setiap pagi aku gemar minum teh o panas sambil menonton televisyen atau sambil membaca surat khabar. Cara yang klasik bukan? Tetapi itulah kenikmatan aku di pagi hari. Walaupun tidak semewah di hotel lima bintang. Tetapi bagi aku, itu sudah mencukupi.
Pemandangan ladang pelajar pertanian. Bagi pelajar-pelajar pertanian, mereka akan membuat kerja mereka di ladang ini. Kadang-kadang tanam jagung, kadang-kadang tanam tomato ceri. Tetapi itulah keseronokan bagi mereka. Setelah tanaman itu membuahkan hasil, pelajar-pelajar pertanian akan dapat merasai hasil tanaman mereka. Mesti seronok rasa hasil daripada tangan sendiri.
No comments:
Post a Comment