Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Medium Shot (Wakanda Production)



Bersama dengan Mu

Apabila kita bersama tiada perkara yang mampu memisahkan kita. Kerana kita ada satu sama lain. Kita cukup dengan apa yang kita ada. Engkau gembira, aku gembira. Engkau marah, aku marah. Engkau sedih, aku juga sedih. Kita ibarat sehati dan sejiwa. Sakit engkau, sakit jugalah aku. Kalau engkau tiada, kosonglah aku. Temanku, sentiasalah dengan aku. Kerana engkau adalah anugerah bagiku.



Apakah itu?

"Apakah itu?" tanya tudung merah jambu. Tudung hitam berkata "Itulah masa hadapan kita. Kita memandang masa hadapan kita. Masa hadapan yang sungguh indah. Masa hadapan yang sememangnya keinginan kita. Pandanglah. Hayatilah. Kerana itu masa hadapan kita". "Tapi itu sarang burung!" kata tudung merah jambu sambil buat muka pelik. "Oh yelah" kata tudung hitam dengan nada menurun. Sekian.

 


Kedatangan engkau

Sewaktu aku menunggu kedatangan engkau, jantungku bergerak dengan pantas. Laju sungguh. Mungkin kerana aku teruja untuk bertemu dengan engkau. Aku sempat bermonolog sendiri. Dimanakah engkau. Tidakkah engkau tahu akan keterujaan aku untuk bertemu dengan engkau. Aku tunggu untuk beberapa minit lagi. Aku bermonolog lagi. Tidakkah engkau tahu erti kepanasan. Engkau membuat aku menunggu engkau dalam cuaca yang panas terik ini. Cepatlah kawan. Jangan janji Melayu.


Medium shot (Pemandangan dan Manusia)
 
 

Laluan ini

Laluan ini ialah laluan yang sentiasa dilalui sama ada untuk pergi ke kelas, kafe serumpun ataupun blok lain. Laluan ini jika dilalui secara sendirian, terasa sunyinya laluan itu. Tetapi jika melalui laluan ini dengan kawan-kawan, sungguh indah perasaan pada waktu itu. Berjalan sambil berkongsi cerita, jenaka dan perasaan masing-masing.Banyak perkara yang dikongsi sewaktu disitu.




Sinilah!

Wanita berbaju merah jambu menarik tangan wanita berbaju hitam. "Jomlah kita kesana" kata wanita berbaju pink dengan gembira. Wanita berbaju hitam berkata sebentar kepada wanita yang berbaju merah jambu. Tetapi wanita berbaju merah jambu berkeras nak kesana juga. Maka, ditariknya tangan wanita berbaju hitam. Wanita berbaju hitam naik berang sambil berkata "Eh, sinilah!, orang nak ambik gambar ni". Begitulah gambar ini diambil. Sekian.



Terbang

Hari seperti ingin hujan tapi masih lagi terasa teriknya. Maka, dibukanya payung untuk berteduh. Sesudah membuka payung, datang pula seorang kawan yang ingin menumpang kasih payung yang tidak seberapa ini. Semasa seronok berteduh, Encik Angin datang dengan tiba-tiba. Terkejut kawan. Inilah jadinya. Hampir sahaja diterbangkan oleh Encik Angin. Maklumlah orangnya dua-dua kecil.





No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019:Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua 💛 Harini saya nak kongsikan sedikit cerita yang mungkin tidak menarik bagi anda semua tapi...