Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Wakanda Production)


Emosi: Sedih
Kesedihan yang rasai akibat daripada kerinduan dalam hati. Kerinduan terhadap keluarga yang kini berjauhan dengan diri. Apakan daya aku untuk berjumpa mereka. Aku hanya mampu meratapi kesedihan aku. Kerana aku ingin membanggakan mereka dengan pencapaian aku. Aku perlu mencapai matlamat aku. Matlamat yang tercipta hanya untuk mereka. Umi dan Abahku. Tunggu aku. Aku akan pulang. 


Emosi: Marah
Kemarahan yang membuak-buak akibat daripada kecurangan yang dilakukan oleh kekasih hati. Aku setia dengan engkau untuk apa? untuk engkau curangi aku? Tidak. Aku setia dengan engkau kerana aku kasih akan engkau. Kekasihku yang aku kasih. Aku sayang akan engkau tapi engkau sayang jejaka lain. Dengan ini aku redha melepaskanmu. Selamat tinggal selamanya.


Emosi: Teruja
Keterujaan yang terpampang luas di raut wajahku. Sungguh jelas kelihatan senyumanku. Sukar sekali untuk menyembunyikan betapa aku teruja. Teruja kerana apa? teruja kerana melihatmu, kekasih idamanku. Senyumanmu akan membuat hari aku gembira. Terima kasih untuk senyuman yang diberikan. Walaupun aku tahu senyuman itu bukan untuk aku.



No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019:Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua 💛 Harini saya nak kongsikan sedikit cerita yang mungkin tidak menarik bagi anda semua tapi...