Over The Shoulder
Matahari bukan penghalang
Teriknya matahari tidak menghalang kita untuk terus tersenyum. Walaupun
keadaan panas terik ditambah lagi dengan motorsikal yang dinaiki rosak. Itu bukan penghalang buat kami untuk
menghayati saat itu. Kerana apa? Kerana adanya sahabat yang sentiasa ada untuk
kita. Yang sudi menempuhi saat senang dan sukar bersama kita. Itulah memori
yang terindah buat kita. Memori yang akan sentiasa dikenang pada waktu tua
nanti.
Setianya seorang lelaki
Kesetiaan seorang lelaki sukar dijangka. Didepan
kekasih hatinya, dia mengagung-agungkan kekasihnya. Dibelakang kekasih hatinya,
dia menikan-nikam kekasihnya dengan membelai kekasih yang lain. Tetapi adakah
cinta itu digelar cinta sejati? Mungkinkah dia curang demi mengejar cinta
sejati yang dinanti? Kita wanita tidak tahu akan isi hatinya. Hanya lelaki itu
yang tahu akan jawapannya. Dan dia jugalah yang perlu bertanggungjawab diatas
perbuatannya.
Sahabat
Persahabatan yang tidak pernah dijangka. Empat
orang yang berbeza perwatakan, berbeza latar belakang, berbeza segalanya. Namun,
perbezaan itu dapat diatasi melalui ikatan persahabatan. Setiap daripada mereka
mampu menerima kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Begitu
hebatnya sebuah ikatan persahabatan. Walau dimana pun mereka berada, mereka tetap akan
ingat antara satu sama lain. Sedetik pun tidak pernah melupakan persahabatan
mereka. Indah, bukan?
No comments:
Post a Comment