Laluan itu adalah laluan yang aku sering lalui. Sebelum pergi ke kelas, pulangnya dari kelas, pergi ke kafe serumpun dan sebagainya. Boleh dikatakan itu adalah laluan umum aku. Laluan yang membukit membuat aku agak keletihan mendakinya. Tapi untunglah aku, lemak aku semakin berkurangan disebabkannya. Dah semakin sikit lemak aku. Terima kasih ye.
Bulatan jalan raya
Jalan yang sering dilalui
oleh pelbagai kereta. Bus dan motosikal juga ada. Kadang-kadang laju,
kadang-kadang perlahan. Mesti terasa gelikan bulatan itu. Tapi itulah fungsinya,
sebagai penghubung jalan bagi mereka yang melaluinya. Nasib baik ada laluan
bulatan itu, kalau tak? Alamatnya mereka kena berpusing sungguh jauh. Buat habis
minyak sahaja. Pam minyak pun makin kaya. Sekian.
Dari atas boleh nampak tasik dengan
kafe. Masa awal sem 1 & 2 pernah berkayak dekat tasik itu. Pakai kain bunga-bunga lagi, tak sesuai
langsung, Tapi disebabkan teringin
sangat. Maka, redah jelah. Yelah tak pernah berkayak. Tiba-tiba ada peluang untuk
berkayak. Apalagi mainlah. Tapi yang kelakarnya aku dengan kawan aku tak pernah
berkayak. Tiada pengalaman langsung. Jadinya kami hanya main pusing-pusing
sahaja dekat tengah tasik itu. Apalah gaya kami masa itu kalau tengok dari atas
kan? Mesti kelakar.
No comments:
Post a Comment