Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Sudah genap tiga tahun saya belajar UPM. Teringat lagi masa mula-mula dahulu sebelum saya diterima masuk ke UPM. Saya gagal diterima pada kemasukan yang pertama. Pada masa itu saya sungguh kecewa dengan diri saya. Saya persoalkan diri saya kenapa saya gagal. Tetapi saya teruskan usaha untuk diterima masuk di mana-mana universiti tempatan. Alhamdulillah, saya diterima di UPM. Perasaan saya pada masa itu sukar digambarkan. Mungkin kawan-kawan saya juga berasa seperti apa yang saya rasa pada saat mereka diterima masuk ke universiti.

Jika diimbas kembali perkara sebegitu sungguh menggelikan hati. wWlaupun saya ada perancangan saya sendiri tetapi perancangan Allah lagi hebat bukan?!.  Apa yang telah ditetapkan oleh Allah adalah yang terbaik buat diri kita. Maka, redhalah dengan ketentuanNya. Pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian. 

Banyak pengalaman yang saya lalui sepanjang saya menjalankan kuliah saya di UPM. Antaranya, saya bertemu dengan kawan baharu. Kawan yang selalu ada untuk saya. Merekalah peneman saya selama saya di UPM. 

Selain itu, saya juga pernah mengikuti beberapa program di perkampungan orang asli. Ada yang 2 hari 1 malam dan ada juga yang 3 hari 2 malam. Ada program yang melibatkan bahasa orang asli dan ada juga program yang melibatkan orang asli itu sendiri. Bagi program yang melibatkan bahasa orang asli, saya dan rakan sekelas saya pergi ke perkampungan orang asli Kanaq di Johor Bharu. Manakala, bagi program yang melibatkan orang asli itu sendiri, saya dan kumpulan saya pergi ke perkampungan orang asli di Genting dan Seremban. Ada satu peristiwa kelakar yang bagi saya sungguh bermakna semasa saya mengikuti program di Seremban. Untuk pulang ke UPM, saya dan kumpulan saya mengambil keputusan untuk tidak pulang menaiki bas UPM tetapi menaiki bas rapid. Semasa di dalam bas rapid, penumpang bas itu melayani sikap kami yang seolah-olah seperti pertama kali menaiki bas rapid. Sunggung riuh dengan suara kami. Pemandu juga sungguh baik kerana sudi menghantar kami ke Mrt yang berdekatan walaupun bas tersebut tidak melalui kawasan tersebut. 

Saya juga pernah menyertai aktiviti Water Abseiling di Selangor dan Melaka. Aktiviti ini saya sertai adaalah untuk mencabar diri saya yang tidak pernah mengikuti mana-mana aktiviti sukan lasak. Walaupun takut tetapi tetap saya gigihkan diri saya untuk mencuba sendiri aktiviti. Itulah pengalaman yang sangat seronok buat saya. Saya sertainya dengan rakan saya. Mana tak seronoknya kalau ada kawan kan? Walau dimana pun kita berada selagi adanya kawan, kita tetap akan seronok. 

Okaylah, sampai disini sahaja cerita saya. Sampai kita berjumpa lagi.

Disini juga saya sertakan gambar IG post saya.




No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019:Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua 💛 Harini saya nak kongsikan sedikit cerita yang mungkin tidak menarik bagi anda semua tapi...