Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk
Cerita nenek dan datuk ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Alim. Kanak-kanak itu telah pulang ke kampung halaman nenek dan datuknya. Kanak-kanak tersebut berasa asing dengan keadaan baharu rumah nenek dan datuknya. Perkara itu membuatkan ahli keluarga termasuk nenek dan datuknya resah akan keadaan kanak-kanak itu. Namun, perkara tersebut bukan penghalang kepada mereka sekeluarga untuk mengeratkan lagi hubungan kasih sayang di antara mereka.
Normaliza Abd. Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus, Terengganu: Penerbit UMT.
Jenis-jenis
Multimedia
1.
Multimedia Hiperaktif
Multimedia
ini adalah multimedia yang dikawal oleh pengguna melalui tautan atau link.
Hal ini bermakna bahawa bagi mencapai sesuatu laman, ia memerlukan tautan atau link.
Multimedia ini adalah seperti laman sesawang, perbankan atas talian, permainan
atas talian dan sebagainya yang memerlukan tautan. Bagi tujuan penyebaran
cerita sosial Nenek dan Datuk, tautan atau link perlu dibuat bagi
membolehkan cerita ini diakses oleh orang ramai.
2.
Multimedia Interaktif
Multimedia
Interaktif pula adalah multimedia yang membolehkan pengguna untuk mengawal
secara keseluruhan mengenai apa dan bila untuk menyebarkan sesuatu maklumat
bagi tujuan untuk dipamerkan atau untuk dihantar kepada seseorang. Penyebaran cerita
sosial Nenek dan Datuk boleh dibuat dalam bentuk video dan disebarkan
menggunakan multimedia ini. Contohnya, melalui penggunaan Compact Disc (CD).
3.
Multimedia Linear
Multimedia
Linear ialah sejenis multimedia yang dipaparkan secara langsung. Selain itu,
multimedia ini berlangsung tanpa sebarang pengawalan daripada pengguna. Hal ini
bermakna bahawa penyajian multimedia ini adalah secara berurutan dari mula sehingga
akhir. Kebanyakan Multimedia Linear adalah seperti siaran TV, filem yang
ditayangkan di panggung dan lain-lain yang berkaitan. Cerita sosial Nenek dan
Datuk boleh dipaparkan melalui tayangan TV dan filem.
No comments:
Post a Comment