Assalamualaikum
dan selamat sejahtera semua.
Hari ini saya nak
kongsikan sedikit ulasan mengenai buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:
Teori dan Aplikasi” oleh Normaliza Abd Rahim.
Buku ini
mempunyai 7 bab mengenai teori dan aplikasi yang berbentuk penyelidikan. Selain
itu, kajian wacana dan strategi komunikasi dikatakan mempunyai kaitan yang
rapat kerana ianya melibatkan komunikasi. Buku ini berfokuskan penyelidikan mengenai
lirik lagu, cerita, ujaran dan interaksi dalam perbualan. Bab 1 memperihalkan
tentang kajian wacana. Wacana yang dikatakan sebagai bahasa tetapi yang
berbentuk ujaran, interaksi, teks dan tulisan. Wacana mempunyai sistem komunikasi
di mana ianya memerlukan penglibatan antara dua orang atau lebih. Bab 2 pula
adalah mengenai teori dan pendekatan wacana. Bahagian ini menjelaskan tentang
teori dan pendekatan yang digunakan dalam penganalisian data. Teori dan
pendekatan yang digunakan berfokus pada analisis wacana dan wacana kritis. Seterusnya,
bab 3 pula adalah mengenai analisis wacana tekstual dan ujaran. Bahagian ini
terbahagi pada tiga kajian. Tiga kajian tersebut ialah kajian wacana tekstual lirik
lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran kanak-kanak terhadap lirik lagu
dan cerita sosial.
Bab 4 adalah
mengenai strategi komunikasi. Bahagian ini merangkumi kajian-kajian lepas
tentang strategi komunikasi di mana strategi tersebut mempunyai perkaitan
dengan ujaran dan interaksi. Selain itu, bab 5 adalah mengenai taksonomi dan
pendekatan strategi komunikasi. Bahagian ini membincangkan taksonomi dan
pendekatan yang sesuai digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks. Bab
6 pula adalah tentang analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Bab
ini menyenaraikan kajian yang telah dijalankan dalam kalangan kanak-kanak. Manakala,
bab 7 adalah mengenai cadangan dan kajian akan datang. Bab ini terdiri daripada
cadangan dan kajian yang dicadangkan. Kajian yang dicadangkan tersebut mempunyai
perkaitan dengan kajian wacana dan strategi komunikasi. Bab ini mengharapkan kajian
yang dilakukan dapat memberi manfaat kepada penyelidik dalam kajian mereka
mengenai kajian wacana dan strategi komunikasi. Akhir sekali, penerbitan buku ini
diharapkan dapat memberi penambahan maklumat kepada pembaca mengenai strategi
komunikasi yang berkesan. Maklumat yang diperoleh melalui buku ini dapat
diaplikasikan dalam komunikasi harian.
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian
Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit
UMT
Harga buku: RM20
Baiklah itu
sahaja ulasan mengenai buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan
Aplikasi.
Sekian, terima
kasih