Wednesday, November 27, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit ulasan mengenai buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi” oleh Normaliza Abd Rahim.

Buku ini mempunyai 7 bab mengenai teori dan aplikasi yang berbentuk penyelidikan. Selain itu, kajian wacana dan strategi komunikasi dikatakan mempunyai kaitan yang rapat kerana ianya melibatkan komunikasi. Buku ini berfokuskan penyelidikan mengenai lirik lagu, cerita, ujaran dan interaksi dalam perbualan. Bab 1 memperihalkan tentang kajian wacana. Wacana yang dikatakan sebagai bahasa tetapi yang berbentuk ujaran, interaksi, teks dan tulisan. Wacana mempunyai sistem komunikasi di mana ianya memerlukan penglibatan antara dua orang atau lebih. Bab 2 pula adalah mengenai teori dan pendekatan wacana. Bahagian ini menjelaskan tentang teori dan pendekatan yang digunakan dalam penganalisian data. Teori dan pendekatan yang digunakan berfokus pada analisis wacana dan wacana kritis. Seterusnya, bab 3 pula adalah mengenai analisis wacana tekstual dan ujaran. Bahagian ini terbahagi pada tiga kajian. Tiga kajian tersebut ialah kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran kanak-kanak terhadap lirik lagu dan cerita sosial.

Bab 4 adalah mengenai strategi komunikasi. Bahagian ini merangkumi kajian-kajian lepas tentang strategi komunikasi di mana strategi tersebut mempunyai perkaitan dengan ujaran dan interaksi. Selain itu, bab 5 adalah mengenai taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Bahagian ini membincangkan taksonomi dan pendekatan yang sesuai digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks. Bab 6 pula adalah tentang analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Bab ini menyenaraikan kajian yang telah dijalankan dalam kalangan kanak-kanak. Manakala, bab 7 adalah mengenai cadangan dan kajian akan datang. Bab ini terdiri daripada cadangan dan kajian yang dicadangkan. Kajian yang dicadangkan tersebut mempunyai perkaitan dengan kajian wacana dan strategi komunikasi. Bab ini mengharapkan kajian yang dilakukan dapat memberi manfaat kepada penyelidik dalam kajian mereka mengenai kajian wacana dan strategi komunikasi. Akhir sekali, penerbitan buku ini diharapkan dapat memberi penambahan maklumat kepada pembaca mengenai strategi komunikasi yang berkesan. Maklumat yang diperoleh melalui buku ini dapat diaplikasikan dalam komunikasi harian. 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

 Harga buku: RM20






Baiklah itu sahaja ulasan mengenai buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.

Sekian, terima kasih


No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019:Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua 💛 Harini saya nak kongsikan sedikit cerita yang mungkin tidak menarik bagi anda semua tapi...