Assalamualaikum
semua, hari ini saya nak kongsikan sedikit ulasan buku ‘BOOM! With Social Media’
Bab 1 membincangkan mengenai gambaran keseluruhan mengenai sosial media seperti
apa itu media sosial dan subkategori media sosial seperti rangkaian sosial dan
jenis-jenis media sosial, dan juga kesan penggunaanya dalam kelas bahasa. Bab 2
pula membincangkan mengenai Twitter dan Trend Terkini di mana ia
menceritakan tentang kajian yang dilakukan terhadap penggunaan Twitter
dan kaedah yang digunakan untuk mengkaji penggunaan Twitter. Kajian tersebut
mendapati bahawa penggunaan Twitter dapat membantu dalam proses
pembelajaran, untuk bersosial dan membantu mengurangkan percakapan tetapi
pelbagai maklumat dapat diperoleh. Selain itu, bab 3 membincangkan mengenai
penggunaan Facebook di mana Facebook adalah aplikasi yang paling
banyak digunakan oleh pengguna media sosial. Seterusnya, bab 4 menceritakan tentang keseronokan Instagram di mana Instagram
adalah merupakan aplikasi yang paling digemari oleh pengguna media sosial. Instagram
membenarkan pengguna untuk memuat naik gambar beserta caption di laman Instagram.
Bab 5 pula membincangkan tentang penggunaan e-mel di mana pengguna boleh
mengarang dan bertukar pesanan pada bila-bila masa tanpa mengira tempat. E-mel
juga merupakan media sosial yang berguna dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Selain
itu, bab 6 membincangkan tentang penggunaan blog dalam kelas bahasa di mana
blog digunakan sebagai jurnal, diari dan medium untuk mempromosikan dan
mengiklankan produk. Blog dikhaskan dengan tiga ciri utama iaitu mengandungi
pautan ke area lain, mengandungi komen pada pautan dan interaksi serta saling berkait.
Selain itu, bab 7 menceritakan tentang isu yang terdapat dalam rangkaian
sosial terhadap kalangan pengguna di mana rangkaian sosial mempunyai impak
kepada pengguna seperti memberi motivasi untuk bekerja, membantu organisasi
mengendalikan perniagaan dan sebagainya. Bab 8 pula membincangkan tentang
implikasi media sosial dalam pembelajaran. Media sosial dapat menyediakan
pelajar untuk terlibat secara aktif, menghasilkan perbualan secara relevan dan
dapat berlatih untuk menggunakan bahasa sasaran. Buku ini memberikan implikasi kepada pengguna dalam memahami peranan
media sosial untuk meningkatkan kualiti kehidupan harian dalam arus globalisasi
masa kini.
Rujukan: Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). BOOM! With Social
Media. Terengganu: Penerbit UMT
Penulis: Prof. Dr. Noraein Mansor & Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
Tajuk: BOOM! with Social Media
Harga Buku: RM60
No comments:
Post a Comment